fbpx
loader
banner

KUALA LUMPUR: Perniagaan dan pengusaha yang ingin memahami dan mentafsir data pelanggan untuk memberikan pengalaman berinteraksi yang lebih baik boleh melakukannya dengan Antsomi CDP 365, perisian Platform Pengurusan Data Pelanggan (CDP) pertama di Asia Tenggara.

Ia dibangunkan oleh Antsomi, sebuah syarikat teknologi pemasaran yang

memberi perkhidmatan di peringkat global.

Antsomi CDP 365 adalah perisian teknologi pemasaran berasaskan

kecerdasan buatan (AI) yang membolehkan perniagaan memahami profil setiap pelanggan secara menyeluruh, sekali gus mendorong aktiviti

pemasaran yang efektif melalui pelbagai saluran, sama ada secara dalam talian atau luar talian.

Perisian ini menggunakan teknologi AI untuk mengintegrasikan

semua data pelanggan yang ada dari pelbagai sumber data seperti aplikasi telefon mudah alih, web, media sosial dan saluran luar talian ke dalam satu

pangkalan data tunggal.

Pengumpulan data ini akan membentuk profil individu pelanggan yang kemudian diaktifkan di pelbagai saluran yang diprofilkan mengikut peringkat kitaran cara hidup pelanggan.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Antsomi, Dinh Le Dat, berkata dalam ekonomi digital, peranan data adalah penting untuk memahami kekuatan, kelemahan dan peluang yang belum dimanfaatkan sepenuhnya dalam bidang perniagaan.

“Oleh itu, adalah penting jika perniagaan dapat menyahkod data untuk

memahami kitaran cara hidup pelanggan untuk bertindak dengan

lancar di dalam pelbagai saluran.

“Antsomi CDP 365 menyediakan platform yang berasaskan data untuk menafsirkan semua maklumat ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Antsomi dan Antsomi CDP 365 adalah idea bersama Le Dat dan Serm Teck Choon, yang merealisasikan keingunan untuk mengoptimumkan penggunaan data bagi mengubah norma perniagaan masa kini.

Berasal dari Vietnam, Le Dat adalah teknopreneur yang disegani, dengan pencapaian terbarunya membangunkan Ants Programmatic, sebuah agensi digital terkenal di Vietnam dengan pendapatan tahunan AS$20 juta.

Sementara itu, Teck Choon adalah pemimpin pemikiran industri media dan AdTech yang aktif di Malaysia dan serantau.

Beliau juga memegang jawatan selama dua penggal sebagai Presiden Persatuan Digital Malaysia (MDA) dari 2016 hingga 2020.

Source: https://www.bharian.com.my/bisnes/teknologi/2020/06/695893/antsomi-bantu-perniagaan-tafsir-data-pelanggan